Sejarah



Bila kita sebut labu sayong, ianya sangat sinonim dgn negeri Perak Darul Ridzuan.Sebab apa? Sebab asal usul labu sayong ialah dari Perak terutama daerah Kuala Kangsar.
Kraftangan tembikar ni dah lama bertapak di negeri Tanah Melayu. Mengikut sejarah, kraftangan tembikar ni bermula sejak zaman batu lagi.Ada bukti penemuan artifak yg merujuk kpd seni tembikar. Tetapi untuk sejarah labu sayong ni, ada beberapa versi. Dari segi sejarah, terdapat pelbagai  cerita yang wujud tentang asal usul tercipta dan berkembangnya kegiatan perusahaan labu sayong di Perak. Mula-mula dulu org buat labu sayong ni untuk kegunaan sendiri, tetapi lama-kelamaan ianya bertukar menjadi satu yang komersial. Asal nama labu sayong ni sebenarnya datang dari buah labu yang digunakan utk mengisi air oleh orang-oang kampung di Mukim Sayong, Perak.
Mengikut versi sejarah tempatan, asal-usul penciptaan labu sayong bermula daripada penggunaan buah labu sebagai alat untuk mengisi air.Pada zaman dahulu, masyarakat  Sayong di  Perak  menggunakan labu tua yang dikeringkan dan dibentuk menjadi satu bekas berbentuk labu yang boleh diisi air untuk kegunaan menyimpan air dan minuman. Apabila masa berlalu dan masyarakat sudah berupaya untuk menghasilkan peralatan rumah  menggunakan tanah, maka labu mula beransur-ansur digantikan dengan sejenis tembikar yang sama bentuk dan fungsinya dengan labu dan dikenali sebagai labu sayong.
Satu lagi versi sejarah labu sayong iaitu kegiatan membuat labu sayong telah dimulakan oleh ‘Tuk Kaluk’ yang dikatakan telah datang dari daerah Minangkabau, Sumatera. Menurut cerita, Tuk Kaluk mula memperkenalkan penciptaan tembikar daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 iaitu semasa Perak di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. (Sebenarnya pemerintah Perak pada masa itu ialah Sultan Abdul Malik Mansur Syah (1806-1825). Menurut cerita ini, Tuk Kaluk merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan istana. Beliau dikatakan telah dianugerahi sebidang tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai jasa dan kepandaiannya membuat hasil kraftangan seperti pedang, parang, keris dan tembikar. Sejak daripada itulah Tuk Kaluk mula menyumbangkan kebolehannya membuat labu sayong kepada penduduk Kampung Kepala Bendang. Lama kelamaan penduduk di situ pandai membuat labu sayong dan mewarisi kepandaian tersebut hingga sekarang.
Walau apapun perbezaan pandangan yang wujud tentang asalusulnya, seni membuat tembikar, jelasnya, adalah dicipta oleh orang Melayu tempatan dan di Perak ia hanya wujud di beberapa tempat yang tertentu sahaja. 











Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar,Perak, oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.







Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.





 Pokok getah dan mesin getah.


Tahukah anda? Pokok getah mula dipekenalkan di Malaysia pada tahun 1877 oleh H.N. Ridley. Pada mulanya benih getah ini di bawa dari negara Brazil.Pokok getah ini adalah satu-satunya pokok yang masih hidup dari sembilan pokok yang ditanam oleh H.N Ridley ketika itu.Lokasi pokok ini ialah bersebelahan dengan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar , Perak.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting negara kita. Tidak mustahil Malaysia kini telah menjadi negara pengeluar getah utama dunia selepas Thailand & Indonesia.
Pada mulanya getah digunakan oleh penduduk asli Amerika Tengah dan Selatan.  Mereka telah belajar membuat berbagai-bagai barangan daripada lateks seperti kasut yang ringkas, botol dan bola-bola yang boleh melantun.  Sejak tahun 1496 lagi pengembara laut yang terkenal, Christoper Colombus telah melihat penduduk asli dunia baru bermain dengan bola getah seumpama ini.  Bahan ganjil ini telah dibawa masuk ke Eropah dan ahli-ahli sains mula mengkaji bahan ini dengan teliti.
Pada tahun 1770, ahli kimia bangsa Inggeris,Joseph Priestly telah menemui bahan yang boleh digunakan untuk memadam kesan-kesan pensel.  Dipercayai bahawa sejak hari itu, bahan ini dikenali sebagai 'rubber' ( yang bermaksud pemadam dalam Bahasa Inggeris ).  Selama beberapa tahun seterusnya, getah tidak begitu berguna kepada manusia.  Belum ada ahli-ahli sains yang dapat menemui sifat-sifat getah yang mengkagumkan.
Pada awal abad ke 19, barulah berlaku perubahan. Pada tahun 1820, seorang bangsa Inggeris, Thomas Hancock mencipta sebuah mesin yang dapat melembutkan, mencampurkan dan membentuk getah.  Hasil akhirnya adalah sesuatu yang anjal dan kalis air.  Pada tahun 1870-an, Sir Henry Nickham telah dihantar ke Brazil untuk mengumpul biji getah.  Lebih 70 000 biji getah telah dikumpulkan dan dibawa balik keEnglnd.   Sesetengah daripada biji-biji itu telah ditanam di rumah panas khas di Kew Gardens di London.  Anak-anak getah dihantar ke Sri Langka dan Malaysia dan kemudian ke negara-negara lain di Asia Tenggara.
Pada tahun 1839, seorang rakyat Amerika, Charles Goodyear telah mendapati bahawa getah mentah boleh dibaiki dengan memanaskannya dengan sulfur (belerang).  Proses ini dipanggil pemvulkanan.  Proses ini memperbaiki mutu getah.   Pertukaran suhu tidak memberi kesan terhadap getah yang diproses dengan cara baru ini.  Dengan lebih banyak penemuan, getah telah menjadi suatu bahan yang sangat terkenal.  Ada seribu satu kegunaan getah.  Malaysia kemudiannya menjadi pembekal utama getah mentah di seluruh dunia.  Cuaca yang panas dan lembab di Malaysia sangat sesuai untuk penanaman getah secara besar-besaran.
Menjelang penghujung abad ke 19, kereta digemari di Amerika.  Tidak lama kemudian, Henry Ford telah membuat beribu-ribu kereta di kilangnya.  Permintaan terhadap tayar getah dan alat-alat ganti kereta yang lain telah melambung tinggi.  Semakin banyak pokok getah ditanam untuk membekalkan getah yang diperlukan.  Ladang-ladang getah yang besar dan keciltelah dibuka dari utara hingga selatan Malaysia.  Negara-negara lain di Asia Tenggara pun mula memcontohi Malaysia.






Official Badge


Malay Collage yang terletak di bandar Kuala Kangsar,Perak.Kolej ini menjadi rebutan ramai pelajar lelaki disebabkan prestasi Malay Collage yang begitu baik dan sejarahnya yang begitu menarik.Malay Collage diletakkan pada tangga ke-13 mengikut 'ranking' sekolah berasrama penuh.Asrama ini juga sebuah asrama untuk murid-murid lelaki sahaja.Moto sekolah bagi Malay Collage adalah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.


        Pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).
Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.
Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60, dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina Greco-Roman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.
Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972, Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2.
Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Sukan:

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini.
Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.
Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.



Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti=
  • Sultan Hisamuddin Alam Shah – Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5
  • Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah – Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8
  • Sultan Haji Ahmad Shah – Agong ke-7 & Sultan Pahang
  • Sultan Azlan Muhibbuddin Shah – ke-9 & Sultan Perak 
  • Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar – Agong ke-10 & Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10&
  • Dato' Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ke-7 pengasas UMNO
  • Tun Abdul Razak Dato' Hussein – Perdana Menteri Malaysia kedua
  • Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz – Menteri Besar Perak pertama
  •  Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid– Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3
  • Tun Mohd Khalil Yaakob – Menteri Besar Pahang ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • Dato Haji Raja Kamaruddin bin Idris - Menteri Besar Terengganu ke-5
  • Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad - Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pertama
  • Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28
  • Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi
  • Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara Malaysia
  • Dato' Seri Anwar Ibrahim - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 & penasihat Parti Keadilan Rakyat
  • Hishamuddin Rais - aktivis sosial
  • Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Dato' Shahrir bin Abdul Samad - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Dato' Fauzi Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Tan Sri Sanusi Bin Junid - Menteri Besar Kedah ke-7 & presiden UIAM ke-4
  •  Datuk Abdullah Ahmad-Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia
  • Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat
  • Tan Sri Musa Mohamad - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia
  • Dato Seri Hishammuddin Hussein - Menteri Dalam Negeri Malaysia
  • Dato Seri Mohd Effendi Norwawi - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom
  • Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat
  • Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas
  • Tan Sri Saleh Sulong - bekas pengerusi DRB-Hicom
  • Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad
  • Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad
  • Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal
  • Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad
  • Ishak Haji Muhammad - penulis & nasionalis
  • Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - bekas ADUN Senggarang
  • Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak
  • YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih
  • Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar - Pengarah Perundangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)



The Big School at Night










GALERI SULTAN AZLAN SHAH

Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.







Banjir terbesar di Kuala Kangsar.









Menurut tanda aras yang dicatatkan di anak tangga Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bandar Di Raja ini banyak kali dilanda banjir besar.

Sebagai rujukan sekolah ini terletak di atas Bukit Kerajaan ( Bukit Chandan ) kawasan tertinggi di Kuala Kangsar yang juga menempatkan penempatan di Raja Perak.



Ikut urutan dari atas :

30 Disember 1926
28 Disember 1897
7 Disember 1931
15 Disember 1947


Ini mungkin disebabkan oleh kawasan Bandar Kuala Kangsar terletak di tebing sungai Perak di mana, di waktu tengkujuh aras air meningkat dan menyebabkan bandar ini dan kawasan berhampiran dilanda banjir.

Hanya setelah Empangan Temenggor  bermula operasinya pda tahun 1975, barulah kejadian banjir besar di Kuala Kangsar tidak berulang. Ini kerana selain dari fungsi utama Empangan Temenggor sebagai empangan hidroelektrik, ia juga telah mengekang limpahan aliran air sungai ke hilir terutama di Kuala Kangsar.

Kali terakhir banjir ( bah ) besar melanda Kuala Kangsar adalah pada tahun 1967 apabila Empangan Chenderoh di Lenggong pecah dan kebanyakan kawasan di Kuala Kangsar tenggelam.



BAH BESAR TAHUN 1926

Bah besar pada tahun 1926 telah mengakibatkan istana Sultan Perak runtuh dan selepas itu dibina sebuah istana baru dinamakan Istana Iskandariah. 

Bah tersebut juga mengakibatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tenggelam dan baginda Sultan Iskandar menitahkan agar para pelajar dipindahkan ke Bukit Chandan.

Selain Kuala Kangsar, fenomena Bah Besar ini turut meneggelamkan beberapa kawasan di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu.




Istana Negara, Bukit Chandan sebelum dilanda banjir 1926





Istana Iskandariah yang dibina menggantikan Istana Negara




BAH BESAR TAHUN 1967

Hujan musim tengkujuh di awal tahun 1967 menyebabkan Empangan Chenderoh di hulu sungai tidak mampu lagi menahan bebanan air dan pecah. 

Kuala Kangsar tenggelam sekali lagi di dalam peristiwa bah besar terakhir. Kawasan di hilir Sungai Perak yang lain turut dinaiki air seperti di Parit dan Bota.

Pada waktu itu, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan menanti saat menjelang 1 syawal














Suasana banjir dari udara







 Sekitar Jam Besar Kuala Kangsar

  



Hotel Double Lion



 



Sekolah Menengah Chung Wah


BAH TAHUN 1993

Kali terakhir Bandar Kuala Kangsar mengalami bah yang agak besar adalah pada penghujung tahun 1993. 

Walaubagaimanapun, ia tidak seteruk berbanding bah sebelum ini. 

Ini mungkin disebabkan keberkesanan sistem penghalang air di hulu Sungai Perak dengan terbinanya Empangan Temenggor di Gerik.


 

Setakat artikel ini ditulis, Bandar Kuala Kangsar masih terselamat dari dilanda tragedi besar sebegini. 

Walaubagaimanapun, langkah keselamatan dan berjaga-jaga telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab sebagai persedian sekiranya berlaku lagi Bah Besar Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment